Thursday, December 4, 2008

Peluang Pengajian Perubatan, Pergigian dan Farmasi

Populasi dunia yang semakin meningkat menyebabkan kekurangan doktor makin dirasai oleh masyarakat dunia. Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah tersebut. Kekurangan doktor dan doktor pakar sentiasa menjadi masalah kepada industri kesihatan Malaysia. Kekurangan doktor menyebabkan peluang kerjaya sebagai doktor menjadi pilihan utama bagi rakyat Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan, sehingga akhir November 2008, Malaysia mempunyai 23,738 doktor dan hanya 54 peratus bertugas di sektor awam menyebabkan nisbah bilangan doktor perubatan berbanding populasi penduduk Malaysia adalah 1:1145. Nisbah ini masih jauh jika dibandingkan dengan sasaran kerajaan menjelang tahun 2020 yang mensasarkan nisbah 1:600.

Global Medic Network Sdn Bhd adalah organisasi dalam bidang konsultansi pendidikan dibantu oleh barisan perunding yang dinamik dan kreatif. Perunding-perunding dalam syarikat ini mempunyai pengalaman yang secukupnya dalam bidang ini. GMN memberikan perkhidmatan konsultansi dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di mana pihak GMN akan membantu pelanggan melalui proses pendaftaran, penginapan, visa, penerbangan, dokumentasi dan pelbagai lagi.

GMN menjalinkan kerjasama yang erat dengan Pertubuhan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertubuhan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia terlibat secara langsung dalam penyediaan kursus bahasa dan persediaan kepada pelajar-pelajar di bawah kendalian GMN. Pelajar-pelajar akan diberikan kursus intensif selama sekurang-kurangnya dua bulan di Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara.

Sehingga tahun 2008, GMN telah menguruskan lebih daripada 700 pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir, Russia dan Indonesia. GMN juga telah membuka pejabat urusan di setiap negara yang terlibat untuk memudahkan pengendalian dan pengurusan pelajar-pelajar di sana. Daripada pengalaman selama 5 tahun, GMN telah melalui pelbagai proses prosedur dari semua negara yang terpilih seperti Mesir, Russia dan Indonesia.

Syarikat juga telah membuat perjanjian persefahaman dengan universiti yang hanya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Universiti tersebut telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia serta mendapat pengiktiran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan badan profesional yang berkaitan seperti Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Sehingga kini, GMN adalah satu-satunya syarikat konsultan 100% bumiputera yang mempunyai pejabat urusan di setiap negara yang berkaitan, iaitu di Mesir, Indonesia dan Russia.. Ini adalah untuk memudahkan segala urusan melibatkan birokrasi dengan universiti, khidmat rundingcara, kaunseling dan bantuan yang diperlukan semasa mereka berada di luar negara. GMN juga menjadi ejen tunggal untuk penghantaran pelajar ke Universiti Mansoura, Mesir.

GMN akan menyediakan penginapan untuk para pelajar berdekatan dengan universiti. Pinjaman atau biasiswa juga akan ditawarkan kepada pelajar yang layak. Negara dan universiti yang dipilih oleh syarikat merupakan tempat yang sesuai dari sudut kos pengajian dan sara hidup. GMN menawarkan kos yang lebih murah berbanding syarikat lain dalam melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di luar negara, hubungi ibu pejabat Global Medic Network melalui talian 017-9837879, faksimili 03-89256229 atau terus ke pejabat GMN, iaitu di 29-2, Jalan 9/9C, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

salam
saya merupakan pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di russia.
saya ingin bertanya bagaimanakah pihak gmn memilih pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajaran ke russia dalam bidang farmasi khususnya pelajar lepasan spm?