Tuesday, November 25, 2008

senarai universiti yang ditawarkan

SENARAI UNIVERSITI

UNIVERSITY OF MANSOURA, EGYPT

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Kelayakan yang diperlukan hanya SPM sekurang-kurangnya 4B dalam semua subjek sains.
• Kos penginapan dan perbelanjaan harian termasuk makan dan minum lebih kurang RM 400.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• Beriklim panas dan kering serta cuaca adalah 2 musim.
• 13 jam perjalanan dari KLIA dan 3 jam perjalanan dari Cairo.
• Tambang sekitar RM 2450.00 sehala atau RM3550 pergi-balik.
• Mata wang yang digunakan adalah Egypt Pound atau genih.
• Syarikat menguruskan penghantaran pelajar untuk dua program iaitu Medical Regular dan Medical Manchester.
• Yuran tahun pertama untuk Program Medical Regular adalah GBP3300 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah GBP1800.
• Yuran tahun pertama untuk Program Medical Manchester adalah GBP4000 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah GBP3000.
• Tempoh pengajian adalah 6 tahun untuk perubatan dan 5 tahun untuk pergigian.

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan Great Britain Pound (GBP1 = RM5.50)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

UNIVERSITY OF CAIRO, EGYPT

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Kelayakan yang diperlukan hanya SPM sekurang-kurangnya 4B dalam semua mata pelajaran terutamanya subjek sains.
• Kos penginapan dan perbelanjaan harian lebih kurang RM 400.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• Beriklim panas dan kering serta cuaca adalah 2 musim.
• 13 jam perjalanan dari KLIA.
• Tambang sekitar RM 2450.00 sehala atau RM 3550.00.
• Mata wang yang digunakan adalah Egypt Pound atau genih.
• Syarikat menguruskan penghantaran pelajar untuk program perubatan sahaja.
• Yuran tahun pertama adalah USD8000 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD7000.
• Tempoh pengajian adalah 6 tahun.

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan US Dollar (USD1 = RM3.70)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

UNIVERSITY OF ALEXANDRIA, EGYPT

UNIVERSITAS GADJAH MADA, YOGYAKARTA

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, Malaysian Pharmacy Board, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 4B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian.
• Bagi Farmasi, kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf.
• Pelajar perlu menduduki Entrance Exam dan lulus peperiksaan tersebut.
• Kos penginapan dan perbelanjaan harian lebih kurang RM 400.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• 2.30 jam dari KLIA melalui MAS. Tambang sekitar RM500.00 sehala.
• Sehingga tahun 2008 terdapat >1200 pelajar Malaysia dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
• Syarikat menguruskan penghantaran pelajar untuk program perubatan, pergigian dan farmasi.
• Yuran tahun pertama untuk perubatan adalah USD21700 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD6000. Tempoh pengajian adalah 6 tahun.
• Yuran tahun pertama untuk pergigian adalah USD14500 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD4500. Tempoh pengajian adalah 5 tahun.
• Yuran tahun pertama untuk farmasi adalah USD9500 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD3000. Tempoh pengajian adalah 4 tahun.

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan US Dollar (USD1 = RM3.70)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

UNIVERSITAS PADJADJARAN, BANDUNG

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, Malaysian Pharmacy Board, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 4B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian.
• Bagi Farmasi, kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf.
• Pelajar perlu menduduki Entrance Exam dan lulus peperiksaan tersebut.
• Kos penginapan dan perbelanjaan harian lebih kurang RM 400.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• 2 jam dari LCCT melalui AirAsia. Tambang sekitar RM 500.00 sehala
• Sehingga tahun 2008 terdapat > 2000 pelajar Malaysia di Bandung.
• Syarikat menguruskan penghantaran pelajar untuk program perubatan, pergigian dan farmasi.

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan US Dollar (USD1 = RM3.70)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Pharmacy Board, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Bidang yang ditawarkan adalah Farmasi selama 4 tahun.
• Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf.
• Pelajar perlu menduduki Entrance Exam dan lulus peperiksaan tersebut.
• Kos penginapan dan perbelanjaan harian lebih kurang RM 400.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• Untuk rumah sewa sahaja perbelanjaan adalah sekitar 350,000.00 rupiah sebulan (termasuk kawalan keselamatan tetapi tidak termasuk bil air dan elektrik).
• Jarak rumah sewa dengan kampus adalah lebih kurang 15 minit berjalan kaki.
• Perjalanan adalah 2 jam dari LCCT ke Bandung melalui AirAsia. Tambang sekitar RM 500.00 sehala.
• Sehingga tahun 2008 terdapat >2000 pelajar Malaysia di Bandung
• Syarikat menguruskan penghantaran pelajar untuk program Farmasi sahaja.
• Yuran tahun pertama untuk farmasi adalah USD10000 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD3000. Tempoh pengajian adalah 4 tahun.

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan US Dollar (USD1 = RM3.70)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

UNIVERSITAS AIRLANGGA, SURABAYA

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, Malaysian Pharmacy Board, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 4B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian.
• Bagi Farmasi, kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 6C dalam subjek sains dan PNGK 2.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf.
• Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.
• Kos penginapan dan perbelanjaan harian lebih kurang RM 400.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• 2 jam perjalanan dari LCCT. Tambang sekitar RM 500.00 sehala
• Sehingga tahun 2008 terdapat >500 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
• Syarikat menguruskan penghantaran pelajar untuk program perubatan, pergigian dan farmasi.
• Yuran tahun pertama untuk perubatan adalah USD27000 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD8000. Tempoh pengajian adalah 5 tahun.
• Yuran tahun pertama untuk pergigian adalah USD18000 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD5000. Tempoh pengajian adalah 5 tahun.
• Yuran tahun pertama untuk farmasi adalah USD12500 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD4000. Tempoh pengajian adalah 4 tahun.

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan US Dollar (USD1 = RM3.70)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

UNIVERSITAS SUMATERA UTARA, MEDAN

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, Malaysian Dental Council, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 4B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian.
• Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.
• Kos penginapan dan perbelanjaan harian lebih kurang RM 400.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• 45 minit perjalanan dari LCCT melalui AirAsia. Tambang sekitar RM 400.00 sehala.
• Sehingga tahun 2008 terdapat >1000 pelajar Malaysia di Medan.
• Syarikat menguruskan penghantaran pelajar untuk program perubatan dan pergigian sahaja.
• Yuran tahun pertama untuk perubatan adalah USD11900 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD5500. Tempoh pengajian adalah 5 tahun.
• Yuran tahun pertama untuk pergigian adalah USD8900 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD4000. Tempoh pengajian adalah 5 tahun.

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan US Dollar (USD1 = RM3.70)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

UNIVERSITAS ANDALAS, PADANG

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 4B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan dan Pergigian.
• Pelajar perlu menduduki Entrance Exam.
• Kos penginapan dan perbelanjaan harian lebih kurang RM 400.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• 50 minit perjalanan dari LCCT. Tambang sekitar RM 400.00 sehala
• Sehingga tahun 2008 terdapat > 300 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan.
• Syarikat menguruskan penghantaran pelajar untuk program perubatan sahaja.
• Yuran tahun pertama untuk perubatan adalah USD17500 manakala untuk tahun kedua dan seterusnya adalah USD4000. Tempoh pengajian adalah 5 tahun.

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan US Dollar (USD1 = RM3.70)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

MOSCOW MEDICAL ACADEMY RUSSIA

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 4B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan.
• Kos Sara Hidup = RM 700.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• Cuaca 4 musim
• Perjalanan adalah 11 jam dari KLIA.
• Sehingga tahun 2008 terdapat >2000 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan.
• Tambang sehala adalah lebih kurang RM 2280.00

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan US Dollar (USD1 = RM3.70)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

RUSSIAN STATE MEDICAL UNIVERSITY (RSMU), RUSSIA

• Diiktiraf oleh JPA, MMC, MARA dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
• Kelayakan yang diperlukan adalah SPM sekurang-kurangnya 4B dalam subjek sains dan PNGK 3.0 untuk Matrikulasi, A-Level, STPM atau setaraf untuk Perubatan.
• Kos Sara Hidup = RM 700.00 sebulan bergantung kepada gaya perbelanjaan pelajar.
• Cuaca 4 musim dan11 jam dari KLIA.
• Sehingga tahun 2008 terdapat >2000 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan.
• Tambang sehala adalah lebih kurang RM 2280.00

* Tertakluk kepada kadar pertukaran Malaysia Ringgit dan US Dollar (USD1 = RM3.70)
* Yuran pengajian tertakluk kepada perubahan yang ditentukan oleh universiti

Tuesday, November 18, 2008

kisah hantu dan motivasi pendidikan

Tahukah anda apa langkah pertama untuk menjadi seorang pelajar cemerlang?
Pernahkah anda terfikir, mengapa anda mudah hilang semangat, kecewa, putus-asa, lupa apa yang telah anda pelajari, tidak boleh menumpukan perhatian dan tidak mampu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan?
Dan soalan paling penting, jika anda masih belum mencapai kecemerlangan yang anda idamkan, wujudkah cara berkesan untuk mencapainya.....?
Sewaktu saya di zaman kanak-kanak, saya sangat takutkan hantu. Lebih tepat lagi kalau saya katakan, saya takut kepada tempat-tempat yang gelap dan sunyi. Lebih-lebih lagi saya dibesarkan di kampung. Seingat saya, keadaan sudah sangat sunyi kalau selepas waktu Isyak, tiada lagi orang mahu berada di luar rumah pada waktu begini. Pada masa dahulu, di kampung saya yang terletak di Pasir Mas, Kelantan keadaan tidaklah seperti sekarang, sudah ada pembangunan dirasai. Pada waktu malam hanya bunyi cengkerik dan burung hantu yang kedengaran bersahutan antara satu sama lain.
Ini menyebabkan saya tidak mahu ke mana-mana pada waktu malam tanpa berteman. Banyak ketikanya, hendak ke bilik air pun saya perlukan seseorang untuk menemani saya. Lagipun rumah saya waktu itu adalah rumah kampung, tiada bilik air yang lengkap di dalam rumah seperti sekarang. Sumber bekalan air juga masih diperolehi melalui telaga yang terdapat di belakang rumah. Bekalan air melalui paip kerajaan masih belum dibekalkan ke kampung saya pada waktu itu. Perkara ini amat merisaukan ayah saya kerana saya adalah seorang lelaki. Beliau risau jika saya akan kekal takut kepada tempat gelap dan sunyi hingga saya dewasa.
Jadi, pada suatu malam ayah saya cuba menerangkan kepada saya bagaimana hantu muncul di tempat gelap. Kata ayah saya, “ Zul, tau tak kenapa hantu cuma muncul pada waktu malam, kat tempat gelap atau kat tempat sunyi je?” Saya terdiam sebentar.
Saya cuba fikirkan tentang kebenaran kata-kata ayah saya itu. Benar juga katanya. Kalau waktu siang, tidak pernah pula saya merasa takut walaupun bermain di kawasan hutan kecil di belakang rumah saya. Bermain sorok-sorok atau mencari biji getah untuk dimainkan bersama kawan-kawan, lansung saya tidak merasa takut walaupun terpaksa masuk ke dalam hutan kecil itu. Tetapi pada waktu malam, di dalam rumah pun saya takut disebabkan saya rasa seperti ada sesuatu yang menanti saya di dalam gelap.
“Tak tau, hantu keluar waktu malam je kot”, jawab saya setelah gagal memikirkan mengapa hantu mungkin hanya muncul pada waktu tertentu sahaja. Ayah saya tersenyum lalu berkata, “Sebenarnya kan, dalam kepala (minda) orang yang takutkan hantu ni, ada satu video tape dan satu video player,”. (Ketika itu vcd player belum wujud lagi, yang ada hanya video tape, itu pun hanya ada di rumah tok penghulu kampung saya).
“Bila orang yang takutkan hantu ni pergi ke tempat gelap atau sunyi, video tape ni akan terpasang dengan sendirinya,” sambung ayah saya lagi.
“Bila dah terpasang, jadi macam mana pulak?” Tanya saya ingin tahu. “Bila dah terpasang, dia jadi macam tayangan gambar la. Mata orang tu akan nampak bayangan hantu, telinga dia pulak akan dengar bunyi-bunyi yang menakutkan,” balas ayah saya lagi. Saya terdiam sambil berfikir. “Betul ke ni?” Soal hati saya. “Jadi, hantu yang ditakutkan sangat tu sebenarnya ada dalam kepala (minda) orang yang takut tu sendiri.” Sambung ayah saya lagi.
Penerangan ayah saya ketika itu sangat mudah saya fahami. Apa yang saya benar-benar faham ketika itu ialah, perkara yang sentiasa saya takutkan selama ini sebenarnya datang dari minda saya sendiri. Sejak hari itu, perlahan-lahan saya dapat mengatasi rasa takut saya. Saya merasa seolah-olah telah bebas dan dunia saya menjadi lebih luas kerana saya bukan sahaja bebas bergerak pada waktu siang, tetapi bebas bergerak pada waktu malam juga.
Kini, berdasarkan cerita bagaimana hantu muncul di tempat gelap itu, saya mendapat ilham bagaimana untuk saya terangkan cara membuat persediaan minda bagi pelajar yang ingin menjadi cemerlang. Tetapi, apa kaitannya cerita itu dengan cara membuat persediaan minda?
Sekarang, cuba anda bayangkan, setiap pelajar mempunyai vcd dan pemain vcd di dalam minda mereka. Bagi pelajar yang tidak cemerlang, apabila mereka mahu belajar atau mengulangkaji, sejenis vcd akan terpasang dengan sendirinya.
Vcd itu akan memainkan gambaran yang belajar itu susah, menyakitkan, membosankan, menimbulkan rasa mengantuk dan membuang masa. Sebab itulah mereka sentiasa tidak bersemangat untuk belajar. Cuba bayangkan, kalau kita sudah tahu bahawa satu wayang gambar itu sangat membosankan, pasti kita awal-awal lagi akan menolak jika ada kawan kita yang mengajak untuk menonton bersama. Perkara yang sama juga berlaku apabila kita membayangkan bahawa proses belajar itu adalah sesuatu yang membosankan.
Malah, mereka akan jauhi diri dari belajar dengan membuat aktiviti lain yang lebih menarik seperti membuat bising, mengganggu pelajar-pelajar lain atau tidur di dalam kelas. Jika vcd ini sentiasa terpasang setiap kali pelajar-pelajar ini hendak belajar, bolehkah mereka mencapai kecemerlangan? Tentu tidak bukan?
Setelah mengetahui tentang perkara ini, bolehkah anda meneka apa yang patut dilakukan supaya perkara ini tidak lagi berlaku. Maksud saya, apa yang patut dilakukan supaya pelajar-pelajar tadi tidak lagi merasa malas dan tidak bersemangat setiap kali mahu belajar?
Mungkin ada di antara anda yang meneka dengan betul. Ada 3 langkah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

1. Vcd-vcd itu perlu dimusnahkan terlebih dahulu. Jika ia tidak dimusnahkan, ia akan sentiasa terpasang dengan sendirinya setiap kali pelajar-pelajar tadi mahu mengulangkaji pelajaran. Cuba mulakan azam baru untuk berubah. Saya percaya dengan azam yang kuat pasti anda akan dapat memusnahkan ‘vcd lama’ anda itu. Cuba bayangkan, alangkah seronoknya jika setiap kali peperiksaan, kita mendapat markah yang tinggi dan mendapat pujian daripada guru di hadapan rakan-rakan sekelas. Dan ingat! Manusia semuanya dikurniakan otak dan akal fikiran oleh tuhan, cuma terpulang kepada anda sendiri mahu menggunakan otak anda atau tidak. Tiada manusia yang ada 2 otak, satu di kepala dan satu di perut contohnya. Genius seperti Albert Einstein pun hanya mempunyai satu otak sahaja. Jadi tepuk dada, tanya selera sama ada anda ingin berubah atau tidak. Jika ada kemahuan, pasti ada jalannya.
2. Langkah seterusnya, vcd baru perlu dicipta. Seperti yang telah saya katakan tadi, cuba buat satu vcd baru dalam kepala anda yang menunjukkan bahawa anda sedang dipuji oleh guru kerana mendapat markah yang tertinggi dalam kelas. Alangkah bahagianya! Tidak salah kalau kita membayangkan perkara yang baik untuk memotivasikan diri sendiri. Cuma jangan hanya berangan sahaja, dan angan-angan ini perlulah disusuli dengan tindakan segera. Alangkah baiknya jika setiap kali anda ingin mengulangkaji pelajaran, vcd yang terpasang sendiri akan memaparkan yang belajar itu menyeronokkan, menenangkan, mudah, membanggakan dan menggembirakan? Jadi, anda perlu mencipta vcd sebegini supaya ia dapat menggantikan vcd yang telah dimusnahkan tadi. Bayangkan hasil yang bakal anda perolehi dengan selepas belajar dengan tekun. Anda harus ingat, tiada apa pun yang senang dalam dunia ini, Thomas Alva Edison, orang yang mencipta mentol elektrik, hanya berjaya mencipta mentol elektrik dalam percubaannya yang ke berapa ribu kali dan beliau sebenarnya adalah seorang yang cacat pendengaran. Tetapi akhirnya beliau berjaya melakukannya dengan usaha yang gigih dan tidak mengenal erti penat.
3. Proses terakhir, “Play’. Mainkan vcd baru itu. Anda perlu pastikan vcd baru yang telah anda cipta itu terpasang setiap kali anda mahu belajar atau mengulangkaji pelajaran. Jangan takut untuk membayangkan kesan baik yang bakal anda terima selepas faham akan pelajaran yang dipelajari. Cuba bayangkan wajah ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan anda yang sangat berbangga dengan anda setelah anda berjaya dalam pelajaran. Inilah vcd yang wajib anda mainkan setiap kali ingin memulakan sesi pembelajaran.

Cuma ingat, jangan hanya berangan-angan Mat Jenin sahaja, angan-angan sahaja yang lebih, apa pun tarak!

Seterusnya saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada adik-adik yang sedang belajar dan bakal menduduki peperiksaan.

Monday, November 17, 2008

want to be a doctor?

ADMISSION FOR YEAR 2009 ARE NOW OPEN !!
For SPM, STPM, Matriculation, Diplome and A-Level Certificate Holders

REGISTRATION FOR MEDICAL, DENTISTRY AND PHARMACY COURSE ARE NOW OPEN!

GLOBAL MEDIC NETWORK SDN. BHD. is a professional consultation services company to help students to choose a university for a Medical, Dentistry and Pharmacy program recognised by the Government of Malaysia. We provide consultation services in the field of Medicine, Dentistry and Pharmacy in which we assist through registering and accommodation arrangement, visa processing, departure arrangement, document processing and lot more.

We have sent hundreds of students to various countries such as Egypt, Indonesia and Russia. We are registered under the Ministry of Higher Education of Malaysia. Currently we have engaged in the field of student recruitment with prominent institutions in country such as lndonesia, Russia and Egypt in the field of Medicine, Dentistry and Pharmacy.

With strong background connection with Ministry Of Higher Education, Malaysian Medical Council, Malaysian Dental Council, Malaysian Pharmacy Board, Majlis Amanah Rakyat (MARA) and Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) to provide excellent service to our clients and partners. All programs from selected university are recognised by all of these government agencies and we can assured to the student that all degrees taken are qualify to work in Malaysia.

REQUIREMENT

MINIMUM REQUIREMENT MEDICINE & DENTISTRY

SPM - B4 and above for Science Subjects
STPM / Matriculation (3 Bs or CGPA 3.00 and above)
A Level (3 Cs)
SAM (14B in at least 3 science subjects)
CPU (65% and above in 3 science subjects)
SIT (3 Bs in science subjects)

MINIMUM REQUIREMENT PHARMACY

STPM/ Matriculation (2 Cs or CGPA 2.00 and above)
A Level (3 Ds)
SAM (12C in at least 3 science subjects)
CPU (55% and above in 3 science subjects)
SIT (3 Cs in science subjects)

FOR FURTHER DETAILS, CALL OR SMS 017-9837879
free consultation will be given